Bila dah rasa lapar , semua makanan rasa nak makan kan ? Tapi ,kita nak memasak apa yang mudah sahaja dan jimat masa . Jadi apa kata harini kita buat pizza homemade tanpa memerlukan doh . Wow gitu
Bahan-bahannya adalah:
1. Roti Gardenia
2. Tomato puri
3. Cheddar cheese/ Mozarella cheese
4. Sosej/ Ayam
5. Cendawan butang
6. Lada banggala
Cara-caranya adalah:
1. Susun roti dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti di bakar nanti.
2. Sapu tomato puri pada roti dan letakkan kepingan cheddar cheese.
3. Letak sosej, ayam (siap rebus), cendawan butang dan lada banggala mengikut selera anda.
4. Taburkan mozarela cheese untuk menambah selera anda
5. Bakar pizza dalam oven lebih kurang 15 minit.
No comments:
Post a Comment