Tuesday 24 October 2017

Parfeit beri





BAHAN-BAHAN:

 
  • 100gm buah strawberi | dipotong dadu
  • 2 biji buah kiwi | dipotong dadu
  • 3 keping 'Granola Bars' | dihancurkan
 
Bahan Inti:
  • 250gm buah kranberi
  • 25gm gula pasir
(dimasak bersama hingga menjadi jem)
 
 
BAHAN KRIM:
  • 250gm keju mascarpone
  • 125gm krim putar
  • 25gm gula aising
  • ½ sudu teh vanila
 
CARA MEMASAK:
 
1. Putar keju, krim dan gula aising hingga pekat.
2. Masukkan buah-buahan di dalam gelas. Kuantitinya mengikut citarasa anda.
3. Tuangkan adunan keju.
4. Masukkan jem kranberi dan tuangkan lagi krim keju.
5. Akhir sekali taburkan granola, buah strawberi dan buah kiwi yang telah dipotong dadu. Sejukkan.

P/S : Boleh juga gunakan buah-buahan lain untuk resepi ini 




Monday 9 October 2017

Ais krim apong

RESEPI AIS KRIM GULA APONG HOMEMADE

BAHAN - BAHAN

500gm whipp cream ( dairy)
70gm gula apong @ gula melaka
1 helai daun pandan atau vanilla
3 biji kuning telor

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul kuning telor sampai pekat.

2. Di dalam bekas lain,Panaskan whipp cream , Daun pandan / Vanilla & gula apong..tak perlu sampai 
     mendidih.

3. Lepas itu , masukkan ke dalam adunan kuning telor dan pukul sehingga sebati

4. Masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum di simpan dalam peti ais.

5. Untuk mendapatkan teksture gebu aiskrim, selepas 4 jam dlm peti ais, pukul aiskrim dgn hand mixer atau
    blender sehingga kembang dan gebu

6.Selepas itu, beku kan semula semalaman 

7. Ais krim siap dinikmati....hmmmmmm nyuum......

Tips: -
 Untuk mendapatkan rasa gula apong yg lemak dan berkrim.. anda boleh mengunakan 400gm whipp cream dan 100gm santan kotak 

Untuk menambah keenakannya anda boleh meletakkan topping gula apong,cokelat rice dan beberapa jenis cereal/bijirin mengikut citarasa. 

Sumber 




SELAMAT MENCUBA











minum petang bersama keluarga :)








RESEPI PUDING KASTARD BERKUAH

BAHAN-BAHAN A - Kastard
1 cawan tepung kastard
1/2 sudu kecil garam
5 cawan air
2 - 3 sudu besar susu pekat
2 - 3 sudu besar gula pasir

 CARA - CARA

1. Masukkan tepung kastard kedalam periuk..campurkan garam...gaul sebati
2. Campurkan sume bahan2 cair....kacau sebati...
3. Tuangkan bahan2 cair kedalam periuk berisi campuran tepung kastard....kacau sebati....
4. Masak bahan2 kastard diatas api kecil...menggunakan senduk kayu...kacau selalu sehingga adunan kastard pekat berkilat...
5. Bila adunan kastard mula meletup2....matikan api...
6. Tuangkan adunan kastard dalam bekas yang bersesuaian....
7. Setelah siap acuan/bekas diisi...biarkan sejuk...sebelum dimasukkan kedalam fridge...

 
BAHAN-BAHAN B - Kuah Kastard

1 tin susu cair IDEAL
1 tin air..
4 sudu besar gula dan 4 sudu besar susu pekat..
1 biji kuning telur...( saya ikut Cik Cek tak letak telur...)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard ...( campur dan bancuhkan dengan sedikit susu cair @ air....)
  
CARA - CARA
 1. Masukkan sume bahan kedalam periuk..
2. Masak kuah sehingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit....siap dah ...tutupkan api....

 
BAHAN-BAHAN C - Hiasan

Fruit Cocktail 
Nata De CoCo
Apa saje buah2an dalam tin yang disukai...

CARA - CARA
 1. Letakkanlah bahan2 hiasan didalam puding yang dihidangkan bersama kuah kastard.. 
2. Jika suka boleh juga dicampurkan dengan air jus buahan2 dalam tin yang digunakan....

  
PENYEDIAAN
Campurkan Bahan A,B dan C
 Puding disejukkan di dalam peti Ais Sebelum di makan





SELAMAT MENCUBA




















Sunday 8 October 2017

COKTAIL IDAMAN SEMUA

RESEPI CUSTARD FRUITS COCKTAIL

BAHAN - BAHAN

1 cawan tepung castard
5 cawan air * dah termasuk air fruit cocktail 
 5 sudu besar gula pasir

 
CARA - CARA MEMBUATNYA

Tapis fruit cocktail

Ambil airnya jadikan 5 cawan

Bancuh air tadi dengan tepung castard dan masukan gula

Kacau atas api perlahan hingga masak dan berkilat

Tuang dalam acuan yang disukai

Sejukkan sebelum dimakan dengan kuahnya.


CARA MEMBUAT KUAH

 1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
 
Campur semua bahan2

Kemudian dipanaskan atas dapur hingga naik wap
 *Jangan dimasak hingga mendidih ye 



INILAH HASILNYA ! :




Saturday 7 October 2017

SHAKE SHAKE COCONUT SHAKE !




RESEPI COCONUT SHAKE SUSU BY SHEILA RUSLY


 BAHAN - BAHAN

1 biji kelapa muda (diambil isi dan airnya)
2 sudu susu tepung
3 sudu susu pekat manis (secukup rasa)
Aiskrim perisa vanila
Ais ketul secukupnya

 CARA - CARA MEMBUATNYA

 1. Masukkan semua bahan kecuali aiskrim di dalam blender.

2. Kisar hingga isi kelapa hancur serta berkrim.

3. Tuangkan ke dalam gelas.

4. Letakkan aiskrim vanila di atasnya.

5. Sedia untuk dinikmati.

Tuesday 3 October 2017

PANAS - PANAS NI ICE CREAM LA KITA MAKAN !




Ais Krim Sumi semakin tersebar di seluruh Malaysia dan nampaknya mula mendapat tempat dihati sesiapa yang sahaja sehingga di sana sini orang ramai mula mencari resepi dan cara membuatnya.Seterusnya Ais Krim Sumi menguasai carta carian dalam enjin carian di seluruh Malaysia pada awal tahun 2016 ini.Malah ada beberapa peminatnya mula menjadikan ianya sebagai produk untuk dijual kepada orang ramai.

Duduk petang - petang dalam keadaan cuaca panas sememang nya tekak mencari sesuatu seperti Ais Krim Sumi ini untuk menghilangkan dahaga.Jadi setelah saya mencari beberapa sumber saya kongsikan kepada anda semua resepi atau cara - cara membuat ais krim sumi ini dari salah satu sumber yang mudah untuk difahami dan diikuti ini.





RESEPI AIS KRIM SUMI


BAHAN - BAHAN


Tin Susu Pekat
1 Tin Susu Cair
4 Tin Air
2 Bungkus Sumi (Pelbagai warna)
Sedikit Garam
Plastik aiskrim

CARA - CARA MEMBUATNYA

Sumi dipotong 4 atau lebih

Susu Pekat, Susu Cair, Air dan garam dipanaskan sehingga mendidih

Sejukkan

Masukkan sumi kedalam plastik dan masukkan bahan yang didihkan tadi

Ikat dan masukkan kedalam peti ais beku.

Setelah beku boleh la makan































Sunday 1 October 2017

PIZZA SEMUDAH 1 2 3




Bila dah rasa lapar , semua makanan rasa nak makan kan ? Tapi ,kita nak memasak apa yang mudah sahaja dan jimat masa . Jadi apa  kata harini kita buat pizza homemade tanpa memerlukan doh . Wow gitu







Hasil carian imej untuk pizza roti gardenia tanpa oven



Bahan-bahannya adalah:
1. Roti Gardenia
2. Tomato puri
3. Cheddar cheese/ Mozarella cheese
4. Sosej/ Ayam
5. Cendawan butang
6. Lada banggala
Cara-caranya adalah:
1. Susun roti dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti di bakar nanti.
2. Sapu tomato puri pada roti dan letakkan kepingan cheddar cheese.
3. Letak sosej, ayam (siap rebus), cendawan butang dan lada banggala mengikut selera anda.
4. Taburkan mozarela cheese untuk menambah selera anda 
5. Bakar pizza dalam oven lebih kurang 15 minit.

Parfeit beri

BAHAN-BAHAN:   100gm buah strawberi | dipotong dadu 2 biji buah kiwi | dipotong dadu 3 keping 'Granola Bars' | diha...