Ais Krim Sumi semakin tersebar di seluruh Malaysia dan nampaknya mula mendapat tempat dihati sesiapa yang sahaja sehingga di sana sini orang ramai mula mencari resepi dan cara membuatnya.Seterusnya Ais Krim Sumi menguasai carta carian dalam enjin carian di seluruh Malaysia pada awal tahun 2016 ini.Malah ada beberapa peminatnya mula menjadikan ianya sebagai produk untuk dijual kepada orang ramai.
Duduk petang - petang dalam keadaan cuaca panas sememang nya tekak mencari sesuatu seperti Ais Krim Sumi ini untuk menghilangkan dahaga.Jadi setelah saya mencari beberapa sumber saya kongsikan kepada anda semua resepi atau cara - cara membuat ais krim sumi ini dari salah satu sumber yang mudah untuk difahami dan diikuti ini.
RESEPI AIS KRIM SUMI
BAHAN - BAHAN
Tin Susu Pekat
1 Tin Susu Cair
4 Tin Air
2 Bungkus Sumi (Pelbagai warna)
Sedikit Garam
Plastik aiskrim
1 Tin Susu Cair
4 Tin Air
2 Bungkus Sumi (Pelbagai warna)
Sedikit Garam
Plastik aiskrim
CARA - CARA MEMBUATNYA
Sumi dipotong 4 atau lebih
Susu Pekat, Susu Cair, Air dan garam dipanaskan sehingga mendidih
Sejukkan
Masukkan sumi kedalam plastik dan masukkan bahan yang didihkan tadi
Ikat dan masukkan kedalam peti ais beku.
Setelah beku boleh la makan
Wey sedapnye 😭😭😭
ReplyDelete