Memandangkan stok roti masih bnayak di rumah , saya bercadang nak buat puding roti . Jadi , harini saya nak kongsi resepi puding roti . Pertama sekali , sediakan bahan-bahan :
Bahan-bahan yang diperlukan adalah ;
-7 keping roti
-1 tin susu cair
-Butter (Kalau tiada, marjerin/planta pun boleh)
-3 sudu besar gula (tak suka manis, boleh kurangkan)
-2 biji telur
-Sedikit esen vanilla
-Kismis/coklat cip (nak letak keduanya pun boleh)
Langkah-langkah ;
1) Setiap roti potongkan kepada 4 bahagian dan sapukan dengan butter atau marjerin/planta. (Nak sapu dulu kemudian baru potong 4 pun boleh. Mana2 je, tak kisah
2) Susun roti tersebut di kuali non stick atau pemanggang ajaib.
3) Tuangkan susu cair & taburkan kismis/coklat cip.
4) Dalam bekas lain, pukulkan telur bersama gula & esen vanilla.
5) Kemudian, tuangkan bancuhan telur tadi ke atas roti dengan sekata.
6) Akhir sekali, tutup kuali/pemanggang ajaib dan bakar dengan api yang kecil untuk elakkan hangit. Bakar lebih kurang dalam masa 1/2 jam sehingga masak dan boleh dipotong.
Inilah hasilnya
Mudah saja kan ? Okay selamat mencuba resepi ini