Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1 cawan mentega (saya guna brand buttercup)
1 cawan milo (nak lebih pekat, boleh letak 1 sudu lagi)
1 cawan serbuk koko (beli di supermarket )
1/2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan air
1 paket biskut Marie
Cara-cara :
1) Pukul telur dan mentega sehingga kembang. Saya guna mixer untuk mendapatkan teksturnya yang sekata.
2) Sementara menunggu mentega kembang, masak milo + serbuk koko + gula + air sehingga gula hancur di dalam kuali .
3) Kemudian, campurkan mentega yang sudah dipukul tadi ke dalam milo + serbuk koko yg telah dikacau dan biarkan masak seketika sampai menggelegak sikit.
4) Patahkan biskut marie kepada 2 @ 4 bahagian dan masukkan ke dalam kuali. Padamkan api dapur dan kacau sebati.
5) Masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega. Tekan dan padatkan belakang sudu ke atas permukaan kek batik. Biarkan sejuk sekejap sekurang-kurangnya 4 jam. Semalaman nak sejukkan pun tak apa. Sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA !
No comments:
Post a Comment